SEJARAH ASRAMA

Asrama SMPK Vokasional Indahpura merupakan asrama sekolah pendidikan khas yang didirikan di Daerah Kulaijaya dan di bawah Bahagian Pendidikan Khas. Asrama ini terletak kira-kira 5 km dari Bandar Kulaijaya dan mula dibina pada awal tahun 2001. Asrama ini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada 19 September 2005.

Asrama ini telah beroperasi sepenuhnya bermula dari 03 Oktober 2005. Murid-murid Pendidikan Khas yang tinggal di asrama ini adalah murid-murid terpilih dari seluruh negeri di Malaysia. Tiga kategori kumpulan murid :

Bermasalah Penglihatan
Bermasalah Pendengaran
Bermasalah Pembelajaran

WAKTU LAWATAN IBU BAPA/WARIS

1. Pelawat-pelawat yang mempunyai kad rasmi sahaja yang akan dibenarkan melawat penghuni asrama.

2. Waktu lawatan adalah seperti berikut :

SABTU, JUMAAT & CUTI UMUM

10.00 pagi - 6.00 petang




3. Semua ibu bapa perlu mendaftar di pondok pengawal sebelum memasuki perkarangan asrama.

4. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan membawa ibu bapa atau penjaga atau pelawat-pelawat ke dalam dorm asrama.

5. Ibu bapa boleh berjumpa dengan anak mereka di Ruang Serbaguna, Dewan Makan atau di tempat duduk yang disediakan.

6. Ibu bapa yang hendak membawa anaknya keluar pada hari-hari bukan waktu Balik Kampung hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran dari Warden Bertugas /Ketua Warden dan meninggalkan kad keluar murid di pondok jaga.

POLISI BALIK KE ASRAMA

Pakaian balik ke asrama yang rasmi adalah baju batik asrama atau uniform sekolah yang lengkap

Murid perlu pulang ke asrama sebelum pukul 6.00 petang

Ibu/bapa/penjaga diwajibkan menulis butir-butir yang diperlukan di pondok pengawal apabila memasuki kawasan asrama dan keluar dari kawasan asrama

Kad balik kampung yang ditinggalkan di pondok pengawal semasa pulang di ambil

Kad balik kampung di hantar kepada warden bertugas di pejabat asrama pada HARI YANG SAMA

Jika murid balik bersendirian ke asrama ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah/asrama/warden

POLISI PEMBELIAN TIKET SEMPENA CUTI PENGGAL/CUTI UMUM OLEH WARDEN

1. Prosedur membeli tiket biasanya dibuat 2 atau 1 bulan awal (KTM dan Transnasional sahaja) sebelum tarikh balik. (Ibu bapa juga boleh membuat tempahan/membeli tiket sendiri untuk anak terutama untuk Hari Raya Aidilfitri / Tahun Baru Cina).

2.I Ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan jumlah wang mencukupi untuk harga tiket dan diserahkan kepada anak supaya diserahkan kepada warden-warden kawalan negeri seperti lampiran di bawah.

3. Murid digalakkan balik ke kampung secara berkumpulan bagi tujuan keselamatan. Ibubapa/penjaga boleh menghubungi pejabat sekolah/asrama/warden kawalan negeri pada waktu pejabat untuk mendapatkan maklumat.

4. Pastikan anak sampai ke sekolah pada masa yang sesuai (siang) terutama bagi mereka dari destinasi Utara dan Pantai Timur.

5. Murid hanya boleh balik sendiri setelah mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga. Jika murid balik sendirian, ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah/ PK HEM/ Ketua Warden/ Warden. Ibu bapa/ penjaga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan murid.

6. Ibu bapa/penjaga digalakkan menjemput murid atas tujuan keselamatan mereka.

NOTA :
Pakaian yang dibenarkan ketika keluar atau balik ialah:

1. Uniform sekolah

2. Baju batik rasmi sekolah

POLISI BALIK KAMPUNG

1. Murid dibenarkan balik kampung pada minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan.

2. Murid boleh balik ke kampung dengan ibu bapa/penjaga setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua/PK HEM/Ketua Warden/Warden bertugas.

3. Murid mestilah memberitahu warden 2 hari lebih awal dari tarikh untuk memudahkan warden bertugas mengisi Kad Balik Kampung.

4. Murid akan mendapatkan Kad Balik Kampung dari pejabat asrama/Warden bertugas.

5. Ibu Bapa/Penjaga diwajibkan menulis butir-butir yang diperlukan di pondok pengawal apabila masuk dan keluar dari perkarangan asrama.

6. Serahkan Kad Balik Kampung di pondok jaga.

7. Ketika pulang ke asrama, ambil Kad Balik Kampung di pondok jaga dan serahkan terus kad tersebut kepada Warden bertugas di pejabat asrama.

8. Murid hanya boleh balik sendiri setelah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa /penjaga.

9. Jika murid pulang ke asrama bersendirian, ibu/bapa/penjaga hendaklah menghubungi pejabat asrama/ Warden Negeri/Warden bertugas untuk memaklumkannya.

KEMUDAHAN ASRAMA & SEKOLAH







No comments: